Kepemimpinan dalam Ibadhi Islam
Walaupun Al Quran adalah asas dari segenap perundangan Islam, interpretasi dan keyakinan yang berbeza-beza telah mengakibatkan aliran filsafat yang berbeza. Kelompok pertama menyimpang selepas Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masehi, dan pengikutnya tidak dapat menentukan apakah memilih pengganti mengikut garis keturunan atau pemimpin yang paling mengikuti rukun iman.
Aliran Sunni berpendapat bahwa keempat kalifah – penerus Muhammad –berhak mengambil kedudukannya sebagai pemimpin kaum Muslim. Mereka mengiktiraf ahli waris daripada keempat kalifah berkenaan sebagai pemimpin agama yang sah. Mereka memilih Abu Bakar, penasehat Nabi untuk menjadi pengganti pertama, atau kalifah untuk mengetuai negara Islam. Para imam Sunni senantiasa dipilih di antara ahli suku Nabi Muhammad, kaum Quraisi.
Kaum Syiah, sebaliknya, percaya bahwa hanya ahli waris dari Kalifah keempat, Ali (sepupu dan menantu Muhammad) adalah pengganti yang sah Nabi Muhammad.
Namun bagi kalangan Ibadhi keturunan imam tidaklah relevan. Kaum Ibadhi mengekalkan bahawa setiap Muslim yang setia dan berpendidikan Agama adalah calon berpotensi untuk jawatan tersebut dan boleh dipilih sebagai Imam. Imam adalah pemimpin agama dan sekular dengan kekuasaan yang penuh. Beliau adalah “yang pertama di antara sesamanya” di mata kaum Ibadhi, sama seperti manusia merupakan yang pertama di antara makhluk Allah lainnya. Oleh sebab itu umat, komuniti Muslim, memilih dari jajaran mereka seorang mukmin yang paling memenuhi syarat untuk jawatan tersebut. Bila tidak sesiapa yang boleh memenuhi tuntutan tinggi jawatan imam, kedudukan itu tinggal kosong untuk sementara.
Begitu pula seorang imam terpilih yang jika memenuhi harapan boleh diundi keluar dari jawatannya.
Imam pertama dari jemaat Ibadhi yang juga adalah satu antara pengasas utama Ibadhisme adalah Jabir bin Zayd (meninggal pada tahun 93 Hijriah atau 711 sesudah Masehi). Dilahirkan di Nizwa, Oman, ia kemudian bermukim di Irak. Meski jaraknya jauh, mengekalkan hubungan erat dengan tanah tumoah darah. Kedua-dua puak Al-Muhallab and Al-Azid menyokong beliau dalam menubuhkan sekolah Ibadhi.
Jabir bin Zaid menjadi penasihat Ibnu Ibadhi pada kebanyakan kegiatan politiknya. Bersama-sama mereka menentang kelompok-kelompok seperti Qadariyah, Mutazilit, Syiah, Mujahidin, dan bahkan Khawarij. Kaum Ibadhi awal kumpulan sederhana yang jumlahnya terbatas.
Sistem kepemimpinan Imam berakhir hingga akhir abad ke-19.